
JOHOR BAHRU, 4 Februari – Dalam ucapan perutusan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dalam program Johor Bahru Bangkit tempoh hari, Hasni ingin menjadikan kejayaan PRK lepas sebagai titik noktah atau petanda kegagalan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Negeri Johor mempersoal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Johor sekarang. Dalam ucapan perutusannya itu, Hasni turut membandingkan pentadbiran di bawah Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan. Sekarang, apa ada untuk Johor?, soal Hasni.
Jika di bawah pentadbiran Khaled Nordin dahulu, Johor mempunyai visi yang jauh ke hadapan seperti ‘Misi Membangun Dekad Baharu Johor’ dan ‘Misi Mengejar Singa’ iaitu sebuah misi melonjakkan negeri Johor mengatasi Singapura.

BACA; BN JOHOR LANCAR MANIFESTO ‘MENGEJAR’ SINGAPURA
http://www.astroawani.com/berita-politik/bn-johor-lancar-manifesto-mengejar-singapura-172913?amp=1

BACA; MEMBANGUN DEKAD BAHARU YANG SEJAHTERA UNTUK JOHOR
https://www.bharian.com.my/tags/membangun-dekad-baharu-yang-sejahtera-untuk-johor

Berucap di hadapan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO Bahagian Johor Bahru, Hasni menyeru agar bahagian wajib menjadikan Larkin sebagai kerusi DUN yang wajib dimenangi oleh BN pada PRU akan datang. Jaminan kemenangan Larkin akan membantu UMNO Johor untuk merampas semula Johor daripada Pakatan Harapan.
Mengulas berkenaan Muafakat Nasional, Hasni menegaskan pemuafakatan ini tidak akan berjaya tanpa dukungan dan sokongan daripada anggota komponen dalam BN. Selain itu, Hasni menyedari bahawa ideologi Muafakat Nasional ini baik buat Johor, namun itu sahaja tidak mencukupi sekiranya kita (UMNO) meminggirkan anggota komponen BN.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit #UMNOSebuahPerjuangan #MuafakatNasional #BarisanNasional
Leave a Reply