KERAJAAN JOHOR TIADA SASARAN SUKMA DAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2020

Pemuda UMNO Johor Risau dengan persiapan SUKMA dan Tahun Melawat Johor 2020 hambar, jangan berbelanja Jutaan Ringgit tapi tiada pulangan yang masuk ke Johor.

Tahun ini Johor menjadi tuan rumah kepada SUKMA 2020 dan dalam masa sama tahun ini juga adalah Tahun Melawat Johor 2020. Dua acara besar yang berprestij bagi negeri Johor bagi menghargai Johor sebagai sebuah negeri yang sedang membangun.

Sebagai bangsa Johor, sudah tentu kita semua amat mengharapkan dua program ini berlangsung dengan jayanya sejajar dengan pembangunan negeri khususnya dalam bidang sukan, infrastruktur dan pelancongan.

Kejayaan pasukan bola sepak JDT dengan pembangunan infrastruktur sukan bola sepak bertaraf antarabangsa adalah sesuatu yang amat membanggakan negara.

Begitu juga dengan harapan terhadap penganjuran SUKMA Johor 2020 kali ini. Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin mendapatkan penjelasan dari Menteri Besar sejauh mana kebersediaaan Johor untuk menjadi tuan rumah kepada sukan berprestij negara ini sekaligus penganjurannya lebih baik dari SUKMA sebelumnya.

SUKMA tidak boleh dianggap mudah ataupun melihatnya sebagai acara pemanas badan semata-mata, sebaliknya SUKMA yang merupakan sukan dwitahunan sememangnya menjadi medan untuk melahirkan atlit yang akan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Sebagai tuan rumah, semestinya kerja-kerja pembangunan infrastruktur sukan di Johor sedang giat dilakukan dan setakat ini sejauh mana kemajuan pembangunannya dan berapa banyak kos telah dikeluarkan, perkara ini Menteri Besar perlu dedahkan kepada umum sebagai salah satu integriti yang perlu dizahirkan.

Exco sukan negeri Johor juga sepatutnya telah mendedahkan kepada umum sasaran kutipan pingat untuk acara ini yang mana Johor selaku tuan rumah, namun malangnya setakat ini masih belum ada apa-apa. Kemelut beberapa kali pertukaran Exco Sukan Negeri juga dilihat menjejaskan perancangan serta sasaran utama yang perlu dicapai.

Mengenai kempen Tahun Melawat Johor 2020 pula, Pemuda UMNO Johor mohon kerajaan negeri jelaskan kemasukan pelancong ke negeri ini sejak dua bulan pertama ini dan sejauh mana kempen menarik pelancong dilakukan secara berkesan. Adakah target 8.4 Juta pelancong dari luar dapat dicapai?

Hal ini kerana, Pemuda UMNO Johor berpendapat kempen bagi dua acara besar dalam kalendar negeri Johor ini dilihat suram dan tidak bermaya. Kerajaan negeri dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan negeri ini serta mengharapkan kepada takdir.

Apa yang kita semua risaukan lagi, jika perbelajaannya menelan kos beratus juta ringgit, namun pulangannya tidak seberapa ianya suatu yang sia-sia buat rakyat.

MOHD HAIRI MAD SHAH

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #PemudaTerasKebangkitan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: