
ULU TIRAM, 20 Februari – YB Datuk Seri Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO hadir ke Ulu Tiram malam tadi untuk merasmikan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Dalam Bahagian Tebrau.

Majlis yang diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram itu telah dihadiri hampir 600 orang ahli-ahli UMNO Bahagian Tebrau termasuk kepimpinan tertingginya.

Antara yang hadir mengiringi Ismail Sabri ialah Datuk IR Hasni Mohammad, Pemgerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Datuk Samsul Bari Jamali, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Turut hadir memeriahkan majlis malam tadi ialah Dato’ IR Hamim Samuri, Ketua UMNO Bahagian Ledang; Muszaide Makmor, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi; Mohd Azahar Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Labis; Haji Fuad Tukirin, Ketua UMNO Bahagian Bakri; YB Rashidah Ismail, ADUN Kawasan Pasir Raja dan kepimpinan UMNO Bahagian dalam negeri Johor yang turut hadir sama.

Datuk Maulizan Bujang, Ketua UMNO Bahagian Tebrau dalam ucapan alu-aluan menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian Naib Presiden UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan rakan-rakan kepimpinan UMNO Bahagian dalam Negeri Johor.

Di hadapan hadirin yang hadir, Maulizan berharap agar kedatangan Naib Presiden UMNO dapat memberi gambaran jelas dan meredakan isu-isu kepartian khususnya isu “Pakatan Nasional” yang hangat diperdebatkan dalam kalangan ahli-ahli UMNO.
Pada masa yang sama, Maulizan turut menjelaskan bahawa UMNO dan orang Melayu pada hari ini tidak mahu DAP dalam kepimpinan kerajaan hari ini. Ujar beliau lagi, parti UMNO mesti bangkit dan menjadi parti dominan semula di negara ini.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan
Leave a Reply