UMNO PERLU MENGURUS PERSEPSI PARTI DENGAN BAIK – HASNI MOHAMMAD

JOHOR BAHRU, 20 Februari – “Hari ini, kita tidak boleh menafikan betapa pentingnya media sosial”. Itu antara salah satu ungkapan Hasni dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Dalam Bahagian Tebrau yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO.

Hasni selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor menjelaskan bahawa peranan media sosial sangat penting untuk menjelaskan dan menghuraikan perkara-perkara yang berbangkit berkaitan parti terutamanya.

Jelas Hasni lagi, rakyat di luar memerhati, mengkaji dan menganalisa parti. “Rakyat di luar akan bertanya, wajarkah UMNO diberi peluang untuk memerintah semula? wajarkah UMNO diberi peluang untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu? atau adakah pemimpin UMNO hanya mahu menjaga periuk nasi masing-masing?”, ujar Hasni lagi.

Justeru itu, UMNO perlu mengurus isu-isu (persepsi) dengan baik dari sekarang antaranya isu/persepsi UMNO yang dikatakan hendak membentuk kerajaan melalui “pintu belakang”.

Hasni dalam ucapannya turut mengkritik pemerintahan kerajaan negeri Johor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) pada hari ini. Beliau yang juga Ketua Pembangkang Negeri Johor tidak faham kenapa ada dua Menteri Besar dalam masa dua tahun pemerintahan PH.

Selaku mantan EXCO dan pernah terlibat secara langsung dengan pemerintahan Johor sebelum ini, Hasni menyatakan adalah menjadi suatu kerugiaan buat Johor apabila PH memerintah secara semberono.

Jika dahulu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ada membuat perancangan 10 tahun ke hadapan yang dikenali sebagai Dekad Baharu Johor. Perancangan jangka panjang tersebut telah meletakkan Singapura sebagai aras kemajuan Johor.

“Dahulu  Johor komited untuk menjadi pesaing Singapura. Datuk Khaled mahu menjadikan Johor sebagai laman hadapan dan bukan laman belakang Singapura.”

Seterusnya, Hasni mengakui Johor dan UMNO sendiri telah melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat di negara ini . Namun, amat malang perkara ini sangat kontradik apabila pemimpin PH Johor kini yang ada tidak mempunyai ciri-ciri ketokohan yang baik dan mampu mengangkat negeri Johor.

“UMNO lahir dari Johor dan perlu kita akui bahawa ramai pemimpin yang banyak lahir dari Johor”

Hasni yang juga Pengarah PRK Tanjung Piai telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada UMNO Bahagian Tebrau khususnya pasukan Jalinan Rakyat (JR) yang telah membantu memenangkan BN di Tanjung Piai.

Ujar Hasni, kemenangan ini adalah kerana dedikasi dan kerja kuat UMNO Bahagian-bahagian dalam Negeri Johor. Kemenangan besar di Tanjung Piai telah menaikkan nama UMNO Johor dan ia sering menjadi topik pertanyaan oleh banyak pihak untuk menanyakan apakah formula kemenangan UMNO/BN Johor di PRK Tanjung Piai.

Hasni yang baru-baru ini dijemput oleh Yusof Ishak Institute (ISEAS), Singapura untuk menyampaikan seminar yang bertajuk “The Johor Model; The Tanjung Piai By-Election Experience”. Seminar yang dimoderatorkan oleh Dr Francis Hutchinson tersebut adalah perkongsian rahsia atau formula kemenangan besar BN pada PRK Tanjung Piai lalu dan perancangan BN Johor pada PRU akan datang.

Tidak mahu terbuai-buai dengan kemenangan besar pada PRK Tanjung Piai lalu, UMNO Johor berjanji akan gunakan pendekatan yang lebih baik dan lebih berkesan pada PRU-15 akan datang serta akan memastikan kerusi Parlimen Tebrau dan dua-dua kawasan DUN di Tebrau akan dirampas semula.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: