
JOHOR BAHRU, 23 Februari – Sedang berlangsung mesyuarat Penolong Setiausaha (PSU) Wanita UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Johor di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Antara agenda penting mesyuarat ialah berkaitan persiapan persidangan Wanita dan turut membincangkan isu-isu semasa politik dalam negara.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Samsul Bari Jamali hadir untuk mempengerusikan mesyuarat pada petang ini. Turut hadir ialah Puan Zarina Mohamed Zain selaku PSU Wanita UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tanjung Piai.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #WanitaLuarBiasa
Leave a Reply