Pergerakan Pemuda UMNO Johor merakamkan sembah tahniah kepada Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar atas kebijaksanaan baginda dalam menangani krisis politik di Johor secara tuntas dan berhikmah.
Kebijaksanaan Tuanku dalam menangani kemelut yang berlaku di Johor ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan wajar dijadikan teladan kerana telah meletakkan kepentingan kerajaan dan rakyat sebagai keutamaan.
Keputusan Tuanku memanggil kesemua ADUN bagi bertanyakan sokongan membuktikan baginda bersikap adil sebelum membuat keputusan bersandarkan kepada kepentingan rakyat.
Kepada pemimpin UMNO Johor, Bersatu dan PAS, Pemuda UMNO Johor merakamkan penghargaan kerana anda telah meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding memikirkan kedudukkan dan jawatan.
Ketepikan segala perbezaan yang berlaku sebelum ini, semoga “Muafakat Johor” yang baru dibentuk ini dapat menjalankan amanah dengan baik bagi memacu pembangunan negeri Johor yang akhirnya rakyat mendapat manfaatnya.
Sakalung Ucapan Tahniah daripada Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional Negeri Johor kepada YAB Menteri Besar yang baharu dilantik oleh DYMM Sultan Johor Sebentar tadi.
Jesteru Pemuda Johor berharap kepada seluruh barisan Jawatankuasa yang akan dibetuk dapatlah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi demi rakyat yang mahukan pembelaan.

“Muafakat membawa Berkat”
DAULAT TUANKU
Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
Leave a Reply