GABUNGAN BAHARU BUKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG – HASNI

KOTA TINGGI, 29 Februari – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, YAB Datuk Ir Hasni Mohammad hadir ke Kota Tinggi untuk merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Muzaidie Makmor dalam ucapan alu-aluannya menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Hasni yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Johor semalam.

Menurut beliau lagi, UMNO Kota Tinggi akan memberikan sokongan kuat kepada Hasni sebagai Menteri Besar Johor.

“Negeri Johor bukan kaleng-kaleng, bukan boleh diperkotak-katikkan, Johor adalah negeri yang ke hadapan”

Manakala Hasni dalam ucapan perasmiannya mengakui UMNO Kota Tinggi mempunyai cabaran yang besar.

Seperti sedia maklum, terdapat 2 orang ADUN dari Kota Tinggi yang telah keluar UMNO. Justeru itu, bukan mudah bagi kepimpinan bahagian untuk memastikan UMNO terus kuat di Kota Tinggi.

Walaupun UMNO Kota Tinggi dibarisi dengan kepimpinan baru, namun Hasni percaya kepimpinan UMNO Kota Tinggi mampu menempuhi perjuangan yang penuh ranjau dan berliku.

Pada masa yang sama, beliau juga memuji Ketua UMNO Kota Tinggi yang dilihat cukup kental dan berjiwa UMNO.

Menyentuh berkenaan 2 ADUN yang melompat parti, Hasni berkata kita tidak perlu risau.

“Lebih 60 tahun UMNO dan PAS tidak sehaluan. Namun siapa sangka, kini kita sudah bentuk kerjasama. Ini semua kerja Allah dan kini kita dan PAS sudah membentuk Muafakat Nasional”

Melihat kepada situasi politik sekarang, Hasni menjelaskan betapa penting orang Melayu perlu bersatu ekoran berpecah belah dan rapuhnya keadaan orang Melayu.

Hasni dalam ucapannya turut mengingatkan ahli UMNO supaya mengekalkan cara kita sebagai orang UMNO walaupun sudah memerintah. Ujar Hasni, kita kena faham bentuk kerajaan yang kita ada kerana ianya berbeza.

Ekoran runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan, Hasni menegaskan bahawa bukan kita (UMNO) yang runtuhkan kerajaan lalu.

Pada masa yang sama, Hasni menolak sekeras-kerasnya dakwaan kerajaan negeri Johor yang terbentuk adalah hasil kerajaan pintu belakang.

“UMNO adalah parti yang berpengalaman, kekuatan UMNO adalah kerana ahlinya yang ramai”

Perkara ini dapat dibuktikan apabila kita mendapatkan kemenangan besar semasa PRK Tanjung Piai. Pada kesempatan itu, Hasni turut menzahirkan rasa terima kasih kepada UMNO Kota Tinggi yang membantu kemenangan BN di PRK Tanjung Piai.

Menyentuh gabungan baharu di Johor, Hasni berharap kepimpinan dan ahli UMNO perlu menjalankan kerja parti seperti biasa.

Dari segi kerjasama dengan PAS, Hasni menjelaskan kita telah membentuk hubungan yang dikenali sebagai Muafakat Nasional dan mempunyai piagamnya. Gabungan baharu yang mendapat kerjasama Parti Bersatu dilihat sebagai gabungan baharu orang Melayu.

“Kita perlu ingat bahawa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan kita perlu berlaku adil pada semua bangsa”

Akhir sekali, Hasni menyedari bahawa kepimpinan yang ada tidak mempunyai banyak masa. Beliau menyeru agar kesemua ahli UMNO menggembleng dan melipat kali gandakan usaha.

Beliau juga meminta supaya UMNO tidak mengulangi kesilapan lalu dan memohon untuk bekerjasama dalam membangunkan negeri Johor dan UMNO sendiri.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #BarisanNasional #MuafakatNasional #GabunganBaharu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: