KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA HARUS DIUTAMAKAN – PEMUDA JOHOR

Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan di atas pembentukan kerajaan baru Perikatan Nasional yang menjadi wadah baru kepada politik negara.

Kehadiran kerajaan Perikatan Nasional sememangnya amat dinantikan dan disambut baik oleh masyarakat Malaysia berbilang kaum kerana telah terlepas daripada cengkaman DAP.

Pemuda UMNO Johor juga menyambut baik kesediaan wakil-wakil rakyat PH yang berjiwa besar menyertai Perikatan Nasional untuk bersama bergandingan bagi membangunkan negara dan negeri khususnya di Johor.

Bagaimanapun ingin kami ingatkan kepada kerajaan Perikatan Nasional baik kerajaan negeri mahupun Persekutuan supaya lebih peka dalam mendengar suara dan permasalahan rakyat

Pemuda UMNO Johor beranggapan bahawa kerajaan seharusnya mencari dan mendengar permasalahan rakyat terlebih dulu sebelum melaksanakan sebarangan perancangan supaya ia selaras dengan aspirasi rakyat.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Johor berpendapat kekalahan BN dalam PRU-14 yang harus dijadikan teladan, ia telah banyak mengajar kita dan paling penting untuk kerajaan melihat serta mendengar penderitaan rakyat di bawah sana.

Kegagalan kerajaan terdahulu mendengar suara rakyat dalam erti kata sebenarnya menyaksikan kita dihukum oleh kuasa rakyat dan perkara ini tidak harus berulang lagi.

Besarlah harapan saya agar kerajaan Perikatan Nasional ini lebih peka, lebih faham setimen dan kehendak rakyat serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding peribadi.

Pemuda UMNO Johor akan sentiasa mendokong segala apa bentuk perancangan kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang bakal dilakukan demi memastikan rakyat di bawah terus terbela.

Kepada seluruh pemimpin yang bakal dilantik ke dalam kabinet persekutuan mahupun exco negeri, kami berharap agar anda semua berjiwa besar dan bersedia menerima teguran serta cadangan dari semua pihak.

Sekarang masanya untuk mendahulukan keperluan dan kehendak rakyat. Habis sudah tempoh berpolitik. Mula sudah tempoh untuk berkhidmat.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: