TAHNIAH EXCO MAKMUR JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu telah mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene, jam 8.30 pagi ini.

Sementara itu, antara ADUN yang membarisi EXCO baharu Johor ialah Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang), Ayub Jamil (BN-Rengit), Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN-Layang-Layang), Zaiton Ismail (BN-Sungai Balang) serta Pengerusi MIC Johor, R Vidyanathan (BN-Kahang).

Jawatan EXCO Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula dibarisi oleh Pengerusinya, Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Mohd Izhar Ahmad (Larkin).

Manakala seorang lagi yang mengisi jawatan EXCO ialah ADUN Bebas, Dr Chong Fat Full (Pemanis) yang mewakili kaum Tionghua di dalam barisan baharu EXCO.

Kesemua EXCO telah mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Turut berangkat, YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (6 Mac).

Pada masa yang sama, Hasni dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, Saujana telah mengumumkan senarai nama EXCO kerajaan Gabungan Baharu yang dinamakan sebagai EXCO Makmur Johor.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #BarisanNasional #MuafakatNasional #GabunganBaharu #MakmurJohor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: