KENYATAAN MEDIA
Pergerakan Pemuda UMNO Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu, Pegerang, Kota Tinggi, malam tadi.
Kami mendoakan semoga roh kesemua mangsa yang terkorban dalam insiden itu di tempatkan bersama para solehin.
Kepada keluarga mangsa, Pemuda UMNO Johor berharap agar tabah dan redha menerima ketentuan Allah SWT ini. Sesungguhnya ujian ini amat berat, namun sebagai umat Islam kita harus menerima ketentuanNYA dengan redha.
Dalam pada itu, Pemuda UMNO Johor menggesa satu siasatan terperinci terhadap insiden ini dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kebakaran dan letupan yang mengorbankan lima nyawa itu.
Selain siasatan terperinci, Pemuda UMNO juga mahu satu tindakan pantas dan tuntas diambil terhadap perkara ini demi jaminan keselamatan para pekerja dan kita tidak mahu insiden seperti ini berulang kembali.
Pemuda UMNO juga berharap agar pampasan setimpal diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan.
Marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah buat mangsa yang telah terkorban.
Al-FATIHAH

AZNAN BIN HJ TAMIN
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang
Leave a Reply