MENYOKONG USAHA YANG BAIK DEMI RAKYAT MALAYSIA – HAIRI MAD SHAH

JOHOR BAHRU, 18 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyambut baik pasukan Sukarelawan Darul Takzim (SDT) di aktifkan semula yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bagi tujuan itu Pemuda UMNO Negeri Johor akan memohon Skuad Sabil & Pasukan Unit AMAL Negeri Johor untuk turut serta dalam SDT ini bagi membantu kerajaan dalam situasi sukar untuk mengekang wabak Covid-19.

Selain itu, Pemuda UMNO Negeri Johor dibawah Jawatankuasa Penerangan Pemuda akan membantu menyalurkan maklumat-maklumat penting arahan pihak kerajaan berhubung perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Kita juga sedia menghantar anggota Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional untuk turut serta bersama SDT bagi membantu kerja-kerja di lapangan sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa.

Pengaktifan semula SDT ketika saat sukar ini adalah satu langkah yang tepat untuk kita memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama membendung penularan wabak ini.

Pemuda UMNO Johor juga ingin menggesa orang ramai supaya kekal tenang dan tidak panik dengan situasi terkini negara dan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak kerajaan.

Malah, kita yakin kerajaan sedang memperkemaskan lagi SOP bagi memastikan kejayaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah Covid-19 dan kitalah yang menjadi penentu kepada kejayaan ini.

Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman sama ada semalam ataupun hari ini yang terdedah dengan kumpulan besar, disarankan supaya membuat pemeriksaan kesihatan dan kekal di rumah bersama keluarga tersayang kerana ini bukan musik festival untuk kita jumpa kawan-kawan di luar.

Selain itu Pemuda UMNO Johor juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu di media sosial yang boleh mengundang keresahan serta situasi tidak tenteram dalam masyarakat.

Pemuda UMNO Johor akan mengarahkan kesemua biro penerangan pemuda diseluruh 26 bahagian 10 daerah supaya aktif di media sosial untuk menyalurkan maklumat yang betul ataupun arahan terkini daripada pemerintah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat sahih dan sekali gus dapat mengawal stuasi panik.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: