SUARA ORANG MUDA TIDAK PERNAH DIKETEPIKAN OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyambut baik beberapa inisitiatif yang telah diumumkan kerajaan Perikatan Nasional bagi membantu rakyat berdepan situasi sukar ekoran penularan wabak Covid-19.
  2. Beberapa inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tepat pada masanya dan dilihat mampu mengurangan bebanan ditanggung rakyat seterusnya merancakkan ekonomi negara.
  3. Selaras dengan itu, Pemuda UMNO Johor ingin menggesa Kerajaan Negeri Johor supaya turut menyalurkan bantuan ataupun mengemukakan inisiatif khusus kepada anak muda sama ada mahasiswa mahupun usahawan yang terjejas ekoran penularan wabak ini.
  4. Oleh itu Pemuda UMNO Johor ingin mengemuakan beberapa cadangan bagi perhatian dan pertimbangan pihak kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad yang sememangnya peka dengan suara rakyat.

I. Memperuntukan Dana Bantuan kewangan khas ‘One-off’ tunai kepada mahasiswa-mahasiswa Johor yang berada di IPTA seluruh Malaysia yang terkandas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

II. Memperuntukan Dana khas ‘one-off’ kepada peniaga-peniaga /usahawan yang berdaftar seperti berniaga di Pasar Malam, pasar tani, food truck dan bazar-bazar yang berskala kecil.

III. Memperuntukkan dana khas ‘one-off’ kepada peniaga nasi lemak, kuih-muih, air minuman yang tidak berlesen di kampung-kampung seluruh negeri Johor. Usaha mengenal pasti golongan sasar boleh dilakukan dengan kerjasama Ketua-Ketua Kampung bagi memastikan mereka yang benar-benar layak dan yang terjejas menerima bantuan khas itu.

IV. Memperuntukan Dana khas kepada para atlet-atlet Johor

  1. Saya Selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Besar harapan saya agar YAB Menteri Besar Johor, yang sentiasa mendangar nadi Rakyat khususnya golongan muda dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan ini bagi membantu meringankan beban golongan muda di negeri Johor yang terkesan akibat wabak Covid-19.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #PemudaTerasKebangkitan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: