COVID-19: TERIMA KASIH KERAJAAN PN, KERAJAAN NEGERI JOHOR KERANA PRIHATIN RAKYAT

APABILA berjanji dikota. Itulah yang telahpun dilaksanakan oleh kerajaan Pusat pimpinan Perikatan Nasional (PN) apabila mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua rakyat yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.

Pada 23 Mac 2020, kerajaan Pusat menerusi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan empat inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat pada ketika ini.

Antara inisiatif yang dilaksanakan itu adalah kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan RM750 juta.

Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan itu merupakan bukti bahawa kerajaan Pusat tidak meminggirkan semua rakyat yang ketika ini begitu terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Pada hari ini (27 Mac 2020), Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pula diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana ia pasti memberikan khabar gembira kepada segenap lapisan masyarakat di tanah air tercinta ini.

Terima kasih kerajaan PN kerana prihatin rakyat dan menyelami kesusahan yang dialami oleh rakyat kesan penularan wabak Covid-19.

Melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) itu, bukan sahaja golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk golongan peniaga kecil, penjaja, nelayan dan petani yang terbela malah nasib golongan muda, individu bujang dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) juga dibela oleh kerajaan PN.

Antara pakej yang pastinya memberikan khabar gembira kepada rakyat adalah bantuan tunai atas nama Bantuan Prihatin Nasional kepada rakyat M40 ke bawah yang akan disalurkan bermula April ini.

Selain di peringkat Pusat, Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar, Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad juga tidak meminggirkan golongan yang terkesan akibat Covid-19 di negeri ini.

Bukan sahaja golongan muda, malah semua rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik itu mendapat pembelaan di negeri Johor.

Saya berpandangan, semua yang dilaksanakan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Johor kepada rakyat yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Itulah peranan dan tanggungjawab kerajaan iaitu memastikan rakyat yang berdepan kesusahan dibantu daripada segi kebajikan mereka.

Terima kasih kerajaan Pusat pimpinan PN dan Kerajaan Negeri Johor pimpinan Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad kerana cakna dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat.

Jesteru itu, mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor dan anak-anak muda merakamkan perhargaan jutaan terima kasih diatas keprihatinan Kerajaan Malaysia dan Johor.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: