CAI TUNG DIDESAK LETAK JAWATAN PENGERUSI YAYASAN PASIR GUDANG

  1. Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Johor Jaya Liow Cai Tung 廖彩彤 didesak agar segera melepaskan jawatan secara sukarela sebagai Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG).
  2. Ini kerana kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini melantik beliau sebagai Pengerusi YPG atas kapasiti beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mewakili parti DAP ketika itu.
  3. Beliau harus sedar bahawa beliau kini bukan lagi Exco Kerajaan Negeri dan perlu sedar diri untuk meletakkan jawatan. Kerajaan negeri juga telah berubah dan DAP bukan lagi sebahagian daripada gabungan parti yang membentuk kerajaan negeri hari ini.
  4. Keengganan YB Cai Tung melepaskan jawatan menyebabkan YPG tidak dapat berperanan secara efektif dan berkesan dalam membantu penduduk dan masyarakat Pasir Gudang yang terkesan akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 yang lalu.
  5. Melalui permohonan secara atas talian yang dikendalikan oleh YPG, lebih 8,000 permohonan telah diterima oleh YPG, bagi mendapatkan bantuan barangan asas dan keperluan harian bagi keluarga yang memerlukan.
  6. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila YPG tidak dapat menghulurkan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan bantuan ini dari YPG. Salah satu halangan apabila Lembaga Pemegang Amanah YPG masih dipengerusikan oleh beliau, yang mana setiap keputusan masih tertakluk kepada kelulusan Pengerusi.
  7. Untuk itu, YB Cai Tung harus segera melepaskan jawatan tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri melantik Pengerusi yang baharu bagi mewakili kerajaan negeri.
  8. Ini seterusnya akan memastikan YPG dapat berperanan dengan aktif dan berkesan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya di Pasir Gudang.
  9. YB Cai Tung juga diharap berjiwa besar dalam hal ini dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Jangan jadikan kepentingan politik beliau yang akhirnya mengakibatkan rakyat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, lebih-lebih lagi ketika krisis sedang melanda negara.

Noor Azleen Ambros
Ketua, Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang
Mantan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pasir Gudang
30 Mac 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: