PEMUDA UMNO JOHOR HARAP AEON CREDIT TURUT LAKSANA MORATORIUM 6 BULAN

PERGERAKAN Pemuda UMNO Johor berharap syarikat kewangan berlesen terutama AEON Credit turut dapat melaksanakan moratorium pembayaran balik pinjaman selama enam bulan ekoran penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Langkah itu perlu memandangkan ramai individu khususnya golongan muda di seluruh negara termasuk di Johor yang mempunyai komitmen ansuran bulanan dengan institusi berkenaan.

Hampir 90 peratus pemilik motosikal adalah daripada golongan B40 dan M40 yang membuat pinjaman dengan AEON Credit.

Selain golongan B40 dan M40, penduduk kampung, golongan usahawan perusahan kecil dan sederhana (PKS) juga antara golongan yang membuat pinjaman dengan AEON Credit.

Biarpun peminjam AEON Credit berskala kecil tidak seperti institusi perbankan, namun golongan yang meminjam dengan AEON Credit ada dalam kalangan peniaga PKS yang bergantung kepada pendapatan harian, jadi situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan mereka cukup terkesan sekali.

Jadi, Pergerakan Pemuda UMNO Johor berharap pihak AEON Credit memandang serius berhubung perkara ini demi meringankan beban pengguna dan PKS berikutan impak daripada pandemik Covid-19 dan PKP ke atas ekonomi negara.

Selain itu, merujuk kepada data statistik, Negeri Johor mempunyai seramai 98,190 orang usahawan. Seramai 75,603 di bawah definisi mikro iaitu mempunyai nilai jualan bawah RM300,000 serta mempunyai seramai 5 pekerja manakala bagi skala kecil iaitu jualan tahunan dari RM300,000 hingga RM15 juta dengan pekerja seramai 5 hingga 75 orang adalah seramai 19,638 orang.

Manakala usahawan berskala sederhana di Negeri Johor seramai 2,945 orang. Usahawan skala sederhana bermaksud mempunyai nilai jualan dari RM15 juta sehingga RM50 juta dengan jumlah pekerja seramai 75 hingga 200 orang pekerja.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor juga berharap kerajaan dapat melaksanakan program pelindungan secara berperingkat untuk usahawan dan peniaga PKS di seluruh negara dan di negeri Johor yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.

Disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 ini dan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan, rata-rata PKS kini terjejas kerana mereka perlu membayar gaji pekerja, bil elektrik, faedah pinjaman bank, AEON Credit, Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso, sewa kedai dan cukai perniagaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor percaya usahawan PKS tidak mempunyai masalah jika perlu duduk di rumah dalam tempoh PKP dilaksanakan, tetapi kerajaan perlu membantu dengan memastikan bebanan ditanggung usahawan PKS dapat dipotong ataupun dikurangkan.

Ini kerana, sebahagian besar golongan usahawan PKS di negara ini dan di negeri Johor hidup bersandarkan pendapatan bulanan.

Atas faktor itulah, Pergerakan Pemuda UMNO Johor berharap pendekatan yang berhemah dan bersandarkan ‘win-win situation’ dapat dilaksankan oleh kerajaan demi memastikan tiada PKS yang gulung tikar ekoran pandemik Covid-19 ini.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: