RAKYAT TERIMA KESAN ‘PERIT’ JIKA PN DISABOTAJ DI JOHOR BUKAN BN DAN UMNO

JOHOR BAHRU, 29 April – SELAMA 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah di peringkat Pusat dan juga di negeri Johor, gabungan itu terbukti gagal mendengar apa yang dimahukan oleh rakyat.

Rakyat menerima kesan yang cukup ‘perit’ apabila eksperimen dengan memilih PH sebagai kerajaan pada PRU-14 gagal dengan sangat teruk.

Pada 24 Februari 2020, kerajaan PH tumbang apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan PPBM keluar dari PH, selain 11 MP PKR turut keluar dari gagasan itu.

Akibat keputusan itu, kedudukan kerajaan PH di negeri Johor turut terjejas dan hilang majoriti menjadikan kerajaan yang tergantung.

Adakah BN atau UMNO yang menyebabkan kerajaan PH di Johor hilang majoriti dan tergantung?

Akibat keputusan itu, siapa yang menerima kesan ‘perit’ daripada perbalahan dalam kalangan pimpinan PH sendiri yang rakus merebut jawatan sehingga menyebabkan PH tumbang?

Tentunya seluruh rakyat di negara ini termasuk rakyat di negeri Johor yang menerima kesannya dan sewaktu PH memerintah Johor, PH adalah kerajaan paling pendek dan singkat.

Rekod Menteri Besar terpendek PH di negeri Johor dicipta oleh PH sendiri, bukan UMNO atau BN.

Jadi, saya memetik kenyataan dari https://m.malaysiakini.com/news/522900?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook, apabila bekas setiausaha Pemuda PH Johor membangkitkan persoalan apakah akan wujud lagi rekod MB terpendek di Johor, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyifatkan BN ataupun UMNO tidak akan terkesan jika wujud usaha mensabotaj Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Suka saya mengingatkan saudara Azam Mektar, bekas setiausaha Pemuda PH Johor, teruskan mainan politik menghasut rakyat, saya percaya rakyat sudah jemu dengan propaganda yang dimainkan oleh anda dan rakan-rakan dalam PH yang masih kecewa bila kehilangan jawatan yang runtuh dicipta sendiri oleh kompenan PH dahulu.

BN, UMNO mahupun Muafakat Nasional (MN) di Johor langsung tidak rugi dan terkesan sebaliknya yang akan terus menerima ‘perit’ adalah rakyat.

Sudah dimaklumkan dengan jelas bahawa, hubungan UMNO dengan PN hanya untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan oleh kelompok tertentu dalam PH.

Kerjasama dalam PN adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan baharu dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH.

Rakyat termasuk di Johor pastinya sudah boleh menilai pemerintahan 60 tahun BN dan pemerintahan 22 bulan PH yang amat jauh bezanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor yakin dan percaya, rata-rata rakyat akan memilih kembali pemerintahan terdahulu yang dilemparkan pelbagai fitnah oleh PH untuk memerintah negara.

Apabila PH memerintah, yang ‘perit’ adalah rakyat, yang terkesan adalah rakyat. PH tumbang bukan disebabkan pihak lain tetapi oleh kerakusan merebut jawatan oleh beberapa orang pimpinan PH sendiri khususnya dikalangan parti DAP, PKR dan Amanah.

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Johor sekali lagi ingin menegaskan sabotaj tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada BN di Johor.

Sebaliknya perbuatan sedemikian hanya akan merugikan pembangkang di negeri Johor termasuklah pihak yang mensabotaj.
Saya juga yakin, tiada mana-mana pihak dalam PN cuba mensabotaj kerajaan sedia ada, kerana mereka juga muak dengan sikap rakus pemimpin-pimimpin dari DAP & AMANAH.

Kembalilah kepada ketentuan fitrah percaya kepada Allah SWT saudara Azam, ingat yang paling terkesan pastinya rakyat di negeri Johor. Sabotajlah jika ada pihak mahu berbuat demikian kerana akhirnya keputusan akan ditentukan oleh rakyat di negeri Johor sendiri.

Akhir sekali, Pemuda UMNO Negeri Johor ingin menasihat kepada seluruh kepimpinan wakil Rakyat PN mahupun ahli-ahli parti, kita kukuhkan soladariti sebagai blok kerajaan, elakan segala kerakusan jawatan dan kedudukkan yang bebaki tidak lama lagi menjelang PRU-15, jangan ada sifat iri hati atau cemburu sesama kita, akhirnya adakah kita bersedia untuk menghadapi PRU-15, bayangkan jika anda terpilih menjadi wakil rakyat sekali lagi, rakyat akan menilai yang mana baik dan buruk sesebuah parti mahupun kompenannya. ‘Teruskan khidmat bakti kerja kepada rakyat, jangan bercakap terlalu lebih’

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: