ADUN Johor perlu akur titah Sultan – MB

ISKANDAR PUTERI: Semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) Johor diminta menerima nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar supaya tidak bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata semua ADUN juga perlu mematuhi nasihat baginda yang mahu mereka berganding bahu untuk membantu rakyat yang susah akibat COVID-19.

“Saya menyeru kepada semua Ahli Dewan, sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang supaya kita haruslah menerima nasihat Sultan Johor dengan kita terus memikul amanah dan tanggungjawab untuk membantu rakyat.

“Saya percaya bahawa semua Ahli Dewan mendengar titah Sultan Ibrahim dengan penuh rasa tanggungjawab dan memberi sepenuh perhatian di atas nasihat dan juga teguran baginda pagi ini.

“Diharapkan antara kita sebagai wakil rakyat, kita akan dapat menterjemahkan (maksud) virus perpecahan yang dikatakan sebagai lebih serius daripada COVID-19 ini, supaya ia dapat dijadikan peringatan dalam kita memikul amanah dan tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Perasmian berkenaan disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Sebelum ini, khabar angin ketegangan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO Johor yang bertiup kencang didakwa mampu menggugat kestabilan politik di negeri ini yang diperintah gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Johor, sejak dua bulan lalu.

Polemik politik yang didakwa berpunca daripada beberapa keputusan kerajaan negeri kebelakangan ini yang dikatakan lebih mengutamakan UMNO Johor sekali gus mengenepikan BERSATU.

Sementara itu, Hasni yang juga ADUN Benut berkata, beliau percaya wakil rakyat kerajaan mahu pun pembangkang akan terus berpegang kepada cara Johor.

“Saya percaya ahli dewan akan mengelak daripada berkonfrontasi dan juga bersengketa sebagai budaya dan cara kita berada di dalam dewan,” katanya.- Berita Harian

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/688631/adun-johor-perlu-akur-titah-sultan-mb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: