SIDANG DUN JOHOR BERJALAN LANCAR

KOTA ISKANDAR. 11 Mei – DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Dewan Negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini. Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor bahawa sekarang bukan masa untuk bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi. Baginda Tuanku Sultan bertitah, tindakan sedemikian hanya akan melahirkan satu virus yang lebih berbahaya iaitu virus perpecahan. “Virus ini nampaknya telah pun menular dalam kalangan pemimpin politik apabila berlakunya pergolakkan dan perebutan kuasa yang merungsingkan rakyat serta mengugat kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negara.

“Mereka yang dijangkiti virus ini akan lupa diri dan tidak akan pedulikan tentang kepentingan rakyat, asalkan mereka dapat apa yang dikejar untuk kepentingan diri,” titah Baginda Tuanku Sultan.

Baca:https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/1537422119757809?__tn__=K-R

Sementara dalam Sidang Media Menteri Besar, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad bersetuju dan mengambil serius titah DYMM Tuanku semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14.

Menurut Hasni, amat penting bagi Titah DYMM Tuanku dijunjung kerana kerajaan negeri mahu rakyat mempunyai  pekerjaan yang tetap dan meneroka peluang ekonomi yang luas pasca COVID-19.

Pada sidang media tersebut, Hasni akan meneruskan serta menambahbaik Pelan Pembangunan Mampan sedia ada sebelum ini. Pada masa yang sama, Menteri Besar Johor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan petugas hadapan yang banyak membantu serta berkorban di musim wabak Covid-19 ini.

#UMNOJohorOfficial #SidangDunJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #MakmurJohor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: