PIMPINAN PARTI POLITIK DIINGATKAN SUPAYA JANGAN GILA MENGEJAR KUASA

KEGILAAN manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka dan pasti akan menyesal di akhirat akibat kerakusan kuasa.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud:

“Sesungguhnya akan ada dalam kalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan sedangkan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat. (HR al-Bukhari).

Sewaktu Malaysia dan seluruh dunia pada ketika ini sedang berdepan penularan pandemik COVID-19, tumpuan utama yang harus diberikan oleh pimpinan parti-parti politik adalah membela kebajikan rakyat.

Janganlah pimpinan tertinggi parti-parti politik terlalu berpolitik keperibadian sehinggakan terlupa kepentingan rakyat harus diutamakan dalam musim negara dilanda wabak pada ketika ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020 tidak mahu negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat COVID-19.

Sewajarnya titah Yang di-Pertuan Agong itu dijadikan keutamaan oleh semua pimpinan parti-parti politik di negara ini.

Adakah pimpinan parti-parti politik lupa titah Yang di-Pertuan Agong atau sengaja buat-buat lupa?

Rukun Negara dalam prinsipnya yang kedua dengan jelas telah menyatakan tentang aspek iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.

Kesetiaan kepada raja dan negara bermaksud setia kepada sistem negara yang ada seperti perdana menteri dan barisan Kabinet.

Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu telahpun membuat keputusan memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan Seri Paduka itu telah dibuat secara demokratik dan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Patuhlah kepada titah dan keputusan diputuskan Yang di-Pertuan Agong. Tunggu sehingga tiba masanya iaitu ketika pilihan raya umum, bukan terus berpolitik mahu menukar kerajaan.

Bukankah kita ada pendidikan, kerjaya dan ekonomi yang harus dibangunkan terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19 ketika ini?

Ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita bercakaran akibat politik. Keutamaan yang lebih penting adalah membantu kerajaan sedia ada bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Rakyat sedang susah, rakyat sedang sengsara, rakyat sedang menderita akibat kehilangan atau kekurangan pendapatan akibat serangan COVID-19.

Kerajaan yang diterajui PN pula sudah dan sedang mengatur pelbagai agenda bagi membantu mereka serta memulihkan kembali ekonomi negara yang terjejas ekoran COVID-19.

Cukup-cukuplah rakyat disajikan dengan isu politik keji dan jijik setiap hari kerana negara sedang menghadapi isu yang lebih besar untuk memulihkan ekonomi negara susulan pandemik COVID-19.

Patuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan bantulah kerajaan sedia ada. Itu yang seharusnya menjadi keutamaan pimpinan parti-parti politik dari terus mengamalkan politik kebencian 24 jam sehari.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: