
KUKUP, 11 Julai 2020 – Ketua Penerangan UMNO Johor, YB Dato Sri Dr. Adham Baba hadir pada Sesi Dialog Awam (Town Hall) Penerangan UMNO Johor.

Program yang berlangsung di Kukup Golf Resort, Pontian itu telah dihadiri oleh kepimpinan UMNO Bahagian Tanjung Piai, Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-ketua Penerangan Cawangan dan sayap-sayap UMNO Bahagian Tanjung Piai.
Sesi dialog awam tersebut membincangkan serta memberi penerangan tentang isu-isu semasa. Sesi tersebut telah menampilkan Menteri Kesihatan Malaysia sebagai panel bersama Dato Hj Jefridin Hj Atan selaku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai dan Ahmad Yusri Mohamed Bain selaku moderator.

Antara perkara yang disentuh ialah keberadaan UMNO dalam kerajaan PN, kejayaan negara mengawal wabak Covid-19, pengalaman PRK Tanjung Piai serta usaha-usaha UMNO dalam memperkukuhkan parti dan membuat perubahan dalam gerak kerja khususnya dalam mendekati anak muda.

#UMNOJohorOfficial #PeneranganUMNOJohor #HelloUMNOBahagianJohor #HUBJohor #AmalDanUsaha #DiSiniLahirnyaUMNO
Leave a Reply