PEMUDA UMNO JOHOR MENJUNJUNG KASIH USAHA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin menjunjung kasih setinggi-tingginya atas keprihatinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan memandang serius soal pembangunan belia di negeri ini.
  2. Inisiatif dan idea pembinaan ‘Youth Centre’ di setiap daerah di negeri Johor dilihat satu pendekatan yang baik dan berkesan terutama dalam aspek pembangunan holistik belia di negeri ini.
  3. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga akan menyokong dan berada di belakang DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk memastikan visi membina pusat ini ke seluruh daerah dapat tercapai.
  4. Paling penting, usaha dan inisiatif ini juga tidak akan berjaya tanpa sokongan dan pembabitan belia Johor sendiri dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri berharap semua belia di negeri ini dapat menyambut baik inisiatif murni ini dan sama-sama memanfaatkan ‘Youth Centre’ yang akan dibina kelak.
  5. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga sedar dan bersetuju dengan pandangan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim belia kini menghadapi pelbagai cabaran hidup yang unik dan berlainan berbanding generasi sebelum ini dan pendekatan untuk mengatasi cabaran hidup belia juga perlu diubahsuai.
  6. Kami selaku barisan Pemuda UMNO Negeri juga bersedia dan sentiasa berusaha menghasilkan idea serta pendekatan baharu yang bersesuaian dengan cabaran unik dihadapi belia di Johor.
  7. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri berharap kemudahan ‘Youth Centre’ ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya belia di negeri ini selain menjadikannya satu titik permulaan baharu untuk belia di negeri ini bangkit dan bersedia mewarisi tampuk kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang.
  8. Kami juga berharap kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri terutama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk memastikan kemudahan ini diselia dan dipantau dengan baik bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai semua kelompok belia di Johor.
  9. Akhir sekali, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor sekali lagi menjunjung kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas usaha dan komitmen dilakukan.
  10. Kami juga akan sentiasa memberi dan berkongsikan idea baharu kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dalam memastikan kita sama-sama dapat menjadikan belia negeri ini satu kumpulan terbilang pada suatu hari nanti.

Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: