
Petang tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Pejabat UMNO Johor. Kami telah berbincang mengenai pelbagai perkara, termasuk soal menghadapi pilihanraya serta isu-isu semasa.
Setelah mendengar pelbagai hujah dan pandangan daripada kesemua 26 Ketua Bahagian di Johor, kita telah bersepakat membuat beberapa ketetapan berikut:-

UMNO Johor tidak bersetuju sekiranya Dewan Rakyat dan Dewan Negeri dibubarkan, selagi pandemik COVID-19 ini masih belum selesai dan ekonomi masih lagi dalam keadaan perlahan.
UMNO Johor meminta penjelasan Kerajaan Persekutuan terhadap penggunaan peruntukan Artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan.
UMNO Johor akan menjalankan kajian terperinci untuk mendapatkan gambaran atau mengukur sokongan sebenar rakyat terhadap UMNO. UMNO Johor juga tidak akan berkompromi di atas sebarang kelemahan prestasi wakil-wakil rakyat.
Sebagai sebuah parti, UMNO Johor mendesak Kerajaan Negeri memperuntukan perbelanjaan yang lebih besar untuk kebajikan rakyat. Terutama sekali dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum selesai ini.

Leave a Reply