TERUS BERKHIDMAT MB JOHOR – FARED KHALID

Kerisauan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara yang mendakwa YAB Menteri Besar Johor ‘gagal menguruskan barisan exco’ adalah pandangan sempit dirinya sendiri.

Mungkin ada unsur iri hati melihat Johor kini semakin ‘move on’ dan pulih dari ‘badi kegawatan pentadbiran PH terdahulu’, kenyataan Saudara Asim Abdullah itu juga tiada asas.

Pentadbiran Kerajaan Johor yang kini diterajui oleh YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor berjaya mengharungi cabaran mentadbir negeri sekalipun turut diuji dengan pendemik covid-19.

Bukan sahaja ekonomi Johor sedang dalam proses pemulihan segera, bantuan dan tanggungjawab sosial kepada rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan Johor waktu ini.

Penerusan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura adalah antara bukti bahawa pentadbiran YAB Menteri Besar Johor ini berwibawa. Projek yang bakal membawa limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada orang Johor ini mungkin sengaja mahu dinafikan oleh Pemuda Amanah Johor.

Mustahil jika YAB MB Johor ‘gagal menguruskan barisan exco’, Johor bakal menjadi Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025 di bawah YB Mazlan Bujang; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Penerangan Warisan dan Budaya Johor yang merupakan wakil PPBM.

Dan mustahil juga kalau MB Johor ‘gagal menguruskan barisan exco’, Program Bank Makanan di bawah YB Dr Chong Fatt Full juga wakil PPBM yang dahulunya ahli PKR boleh dilaksanakan dan membantu seramai sekurang-kurangnya 86,100 penerima warga Johor.

Teruslah berdoa untuk Johor yang lebih makmur. Sewaktu rakyat bimbang penularan covid-19, Pemuda UMNO Johor suka menasihatkan sahabat kita di Pemuda Amanah, henti-hentikanlah virus perpecahan di Johor.

Baca: https://www.johorkini.my/mb-johor-gagal-kerana-exco-tak-sama-bekerja-disyaki-wujud-unsur-boikot/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Mohd Fared bin Mohd Khalid

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: