
JOHOR BAHRU, 31 Disember – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tahun 2020 akan berlangsung bermula hari esok iaitu di antara tarikh 1 Januari sehingga 3 Januari 2021.
Tidak seperti mesyuarat-mesyuarat sebelum ini, mesyuarat perwakilan pada tahun ini akan dirasmikan oleh ketua bahagian masing-masing.
Dari segi kaedah mesyuarat kali ini, Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian-Bahagian akan dilangsungkan terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.



Dalam kesibukan menjalankan mesyuarat, pihak UMNO bahagian hendaklah mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan mengamalkan SOP seperti merekod suhu, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan sosial sepanjang persidangan berlangsung.
Akhir sekali, selamat menyambut tahun baru 2021 dan selamat bersidang kepada semua Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri serta UMNO Bahagian-Bahagian di Negeri Johor dan seluruh Malaysia khususnya – UMNOJohorOfficial
Leave a Reply